Tuesday, 30, April, 2024
Utama Politik ADUN Kedah cabar PKR pecat keahliannya

ADUN Kedah cabar PKR pecat keahliannya

oleh Wartawan Kedah Gazette
Robert Ling

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee mencabar pucuk kepimpinan Parti Keadilan Nasional (PKR) memecat keahliannya sebagai ahli parti itu.

“Bila mau gantung (keahlian) saya pula? Takut untuk pecat saya ka? Takut hilang kerajaan negeri (Kedah) pula ka?,” katanya dalam ciapan di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas kecewa dengan tindakan PKR menggantung keahlianTimbalan Ketua Cabangnya, Ketua AMK dan dua Ahli Jawatankuasa (AJK) di cabang berkenaan.

Dr. Robert Ling mendakwa, tindakan PKR itu dilakukan secara terpilih iaitu dalam kalangan ahli bukan wakil rakyat.

“Ketika dunia sedang bertarung dengan Covid-19, ada sebuah parti di Malaysia lebih suka untuk meemecat dan menggantung keanggotaan anggota sendiri. Parti itu parti PKR,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan punca keahlian beberapa pemimpin PKR di cabangnya itu digantung.

Dalam pada itu, tambahnya, beliau akan pertahankan anggota yang setia dengannya di Kedah. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com