Tuesday, 30, April, 2024
Utama Nasional Kedah tangguh pelaksanaan PKPB

Kedah tangguh pelaksanaan PKPB

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah menangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelaksanaan PKPB ditangguhkan sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada hari Selasa, 5 Mei.

Menurutnya, pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai Zon Hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus COVID-19.

“Kerajaan negeri Kedah akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan semalam

“Pelaksaaan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteliti bagi mempastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.” katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Mukhriz Mahathir

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB mula dilaksanakan pada Isnin ini yang menyaksikan sektor ekonomi dibuka semula secara terkawal.

Muhyiddin berkata, sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan COVID-19 yang masih tidak dibenarkan.

Mukhriz memberitahu, keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikrompromi ketika wabak COVID-19 sekarang.

“Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakkan sosial,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com