Tuesday, 19, August, 2025
Utama Politik Anwar, BN dan GRS Perkukuh Muafakat Demi Kestabilan Negara

Anwar, BN dan GRS Perkukuh Muafakat Demi Kestabilan Negara

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan pimpinan utama Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di pejabatnya pada Isnin dalam usaha memperkukuhkan kerjasama politik antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Delegasi BN diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, manakala Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, mengetuai wakil gabungan tersebut. Turut serta ialah beberapa pemimpin kanan kedua-dua parti.

Menerusi hantaran di Facebook malam ini, Anwar menegaskan bahawa pertemuan itu adalah cerminan kematangan politik negara serta komitmen bersama untuk mengekalkan kestabilan, khususnya dalam konteks hubungan antara kerajaan pusat dengan Sabah.

“Kestabilan politik menjadi asas penting bagi menjayakan agenda pembangunan negara serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin. Justeru, kesepakatan erat antara pimpinan negeri dan Persekutuan amat diperlukan supaya aspirasi rakyat dapat dilaksanakan secara inklusif.

“Saya yakin semangat muafakat ini mampu menjadi teras perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang adil, progresif dan sejahtera,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com