FOTO BOMBA DAN PENYELAMAT KEDAH
KULIM – Seorang lelaki berusia 20-an terperosok dan meninggal dunia di bawah lori treler kelapa sawit di Lebuhraya Kulim Baling berhampiran SJK(T) Prima Desa Aman Kulim, dekat sini kira-kira 1.40 petang tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kedah), Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori treler muatan sawit dan sebuah motosikal.
“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa dapat dikeluarkan pada jam 2.35 petang dengan bantuan kenderaan ‘Kembalik’.
“Pihak bomba telah menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan.
Mohamadul Ehsan berkata, bagaimanapun pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. – KG