Monday, 25, November, 2024
Utama Negeri MADA analisis air, cari punca ikan ‘mabuk’ di Terusan Utara

MADA analisis air, cari punca ikan ‘mabuk’ di Terusan Utara

oleh Ammar Haziq
foto facebook

JITRA – Fenomena ikan ‘mabuk’ di laluan Sungai korok menyaksikan penduduk sekitar Jitra berpesta apabila mudah menangkap ikan air tawar pelbagai spesis yang timbul di permukaan pada Khamis lalu.

Pengurus Besar Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Fouzi Ali berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan  kematian ikan di Terusan Utara.

foto Facebook.

Pihak MADA telah mengambil tindakan dengan mengambil sampel-sampel air di Terusan Utara, Alor Changileh, Sungai Tanjung Pauh dan Sungai Bata pada hari Khamis lepas (10 September 2020). 

foto Facebook.

“Sampel air ini sedang dianalisa atas kesesuaian bagi kegunaan tanaman padi dan ekosistem terusan dan sungai berkaitan.

“Buat masa ini pihak MADA masih menunggu keputusan analisis sampel air tersebut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com