Friday, 26, April, 2024
Utama Sukan Lang Merah mahu terbang tinggi di Jengka tapi…

Lang Merah mahu terbang tinggi di Jengka tapi…

oleh Ammar Haziq
FOTO FA Kedah

ALOR SETAR – Sasaran Kedah mahu tiga mata malam esok tetapi bukan tugas mudah apabila perlu berdepan Felda United FC di padang tiruan Stadium Tun Abdul Razak.

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, pada aksi ketujuh Liga Super 2020 itu, anak buahnya perlu bekerja keras dua kali ganda jika mahu keluar sebagai pemenang.

Jelasnya, beliau tidak mahu pemain-pemain Kedah hadir dengan situasi selesa selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Kedah yang berada di tangga ketiga dengan 10 mata memerlukan 3 mata selepas pencabar di tangga kedua, Terengganu FC (TFC) juga mengumpul 10 mata berdepan pendahulu liga, JDT FC di Kuala Terengganu malam ini.

Andainya TFC gagal menjinakkan JDT, Kedah berpeluang untuk naik ke tangga kedua jika menang dengan Felda United malam esok. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com