Monday, 29, April, 2024
Utama Umum Jutawan hartanah sasah lahirkan 10,000 usahawan mukmin

Jutawan hartanah sasah lahirkan 10,000 usahawan mukmin

oleh Ammar Haziq
Muhammad Azlan (duduk depan, dua kanan) dan Ustaz Pahrol (dua kiri) bersama peserta Usahawan Mukmin di Sungai Buloh hari ini.

SHAH ALAM –  Pengerusi Koperasi Azlan Al Amin iaitu Muhamamd Azlan Abdullah@Ali, 33 mahu  membimbing dan melahirkan seramai 10,000 usahawan mukmin dalam tempoh lima tahun akan datang di negara ini.


Menurutnya yang juga jutawan hartanah, bermula Oktober 2020 ini, beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk  mendidik, membimbing, berkongsi kemahiran, kepakaran serta mencungkil bakat usahawan mukmin.  

“Koperasi Azlan Al Amin kini tampil ke hadapan bagi membantu membina para usahawan dalam memantapkan perniagaan mereka dengan ilmu serta kemahiran melalui kursus atau seminar Usahawan Mukmin,”katanya ketika ditemui pada hari ini di  Sungai Buloh.

Muhammad Azlan akan menjelajah ke seluruh negara bermula Oktober 2020 dalam membimbing usahawan-usahawan baharu di negara ini.


Pemilik kepada  syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn. Bhd itu berkata, para usahawan yang terdiri daripada pelbagai bidang perniagaan kini berpeluang mendalami serta mempelajari asas dan konsep perniagaan berteraskan modul Usahawan Mukmin di bawah bimbingan Pakar Motivasi terkenal,Ustaz Pahrol Mohd Juoi bersama beliau. 


Jelasnya, koperasi tersebut ditubuhkan dengan hasrat untuk membantu para usahawan,turut tampil dengan memberi sokongan penuh selaku penganjur bersama. 

“Hari ini, Koperasi Azlan Al Amin telah mengumpulkan seramai 20 orang usahawan perintis untuk menghadiri seminar Usahawan Mukmin yang turut dijayakan oleh pakar motivasi, Ustaz Pahrol. 


“Kesemua Usahawan perintis yang juga ahli Koperasi Azlan Al Amin nyata teruja apabila turut dipelawa menaiki Helikopter sambil melihat permandangan Sungai Buloh selepas selesai seminar,”katanya lagi.

Para peserta Usahawan Mukmin dipelawa menaiki helikopter bagi melihat keindahan permandangan Sungai Buloh bersama Muhammad Azlan.


Tambah beliau, rata-rata usahawan perintis di bawah bimbingannya turut berazam untuk terus komited membina kejayaan mereka  menerusi bimbingan seminar keusahawanan bermodulkan modul Usahawan Mukmin pada fasa-fasa seterusnya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com