POKOK SENA – Pasar raya Econsave Pokok Sena membantu meringankan beban 30 orang penduduk setempat yang terputus bekalan makanan akibat perintah pelaksanaan penutupan penuh pergerakan atau ‘Full Movement Control Order’ di daerah Pokok Sena.
Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Bakar berkata, program sumbangan itu adalah kepada penduduk sekitar kawasan Pokok Sena dengan anjuran bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Pokok Sena.
“Antara sumbangan barang keperluan yang diberikan adalah beras, gula, minyak peket, Es Cream Cracker dan tepung gandum,” katanya.
Bantuan diserahkan kepada Mohd Fauzul Fitri Abd Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena. – KG