Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri Berjudi dalam kebun getah, akhirnya dicekup polis

Berjudi dalam kebun getah, akhirnya dicekup polis

oleh Ammar Haziq
10 lelaki ditahan di dalam kawasan kebun getah semasa lega berjudi di Kampung Naga, Jitra, semalam.

JITRA – Sekumpulan kaki judi yang sedang asyik bermain judi dalam kebun getah di Kampung Naga Jitra, bertempiaran lari sebaik menyedari diserbu pihak polis, lewat malam semalam.

Bagaimanapun, sepuluh daripada mereka berusia antara 32 hingga 58 tahun berjaya ditahan termasuk seorang lelaki warganegara Thailand berusia 55 tahun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imegresen Kesemua mereka ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang di ketuai Pegawai Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Kubang Pasu dalam Operasi Dadu (Op Dadu) lewat malam semalam.

Difahamkan, kawasan itu disyaki dijadikan ‘port’ untuk berjudi bermula jam 9 malam sehingga awal pagi namun ianya tidak lama sebelum berjaya dikesan hasil risikan pihak polis.

Pihak polis berjaya merampas sebuah meja kayu, lapan buah kerusi plastik, satu cawan seramik berwarna putih, satu piring kecil warna putih, tiga biji buah dadu, satu unit lampu suluh, kertas alas kain kanvas tercetak angka 1,2,3,1,6,5,4,6 dan wang tunai diatas meja di syaki wang pertaruhan perjudian berjumlah RM8860.00.

Turut dirampas adalah wang tunai pada setiap suspek yang di tangkap berjumlah RM19,000 di syaki wang hasil pertaruhan perjudian”

Kesemua mereka yang berasal sekitar Jitra, kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 7(2)Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.3) 2021 (P.U.A 265/2021) kerana tidak mematuhi PKP.

Sumber FB PDRM Kubang Pasu

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com