Sunday, 14, July, 2024
Utama Negeri Lelaki tunjuk kemaluan sambil tunggang motosikal

Lelaki tunjuk kemaluan sambil tunggang motosikal

oleh Ammar Haziq
Gambar lelaki tersebut dirakam seorang pembonceng wanita yang diganggunya di Jalan Teroi- Yan pada Ahad.

YAN – Dua wanita yang sedang menaiki motosikal terkejut apabila seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 melakukan aksi lucah sambil menunjuk kemaluannya di Batu 22, Jalan Teroi-Yan, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji menjelaskan lelaki berusia 26 tahun itu berjaya ditahan di jalan Guar Cempedak pada jam 5.45 petang.

Menurutnya, suspek ditahan selepas seorang wanita yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan.

“Suspek dipercayai seorang duda dan telah di bawa ke IPD Yan untuk siasatan lanjut sebelum perintah tahanan reman dilakukan esok,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi pada hari sama, seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 dengan melakukan aksi lucah sambil menunjuk kemaluannya kepada dua wanita berusia 27 dan 20 tahun.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Keda, Sungai Udang selepas selesai menghadiri kursus di Guar Cempedak.

“Semasa kejadian, seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran menghampiri mangsa membuka zip seluar dan memegang kemaluannya.

”Seorang wanita yang membonceng motosikal tersebut telah merakam perbuatan lelaki tersebut dan kes disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com