Monday, 25, November, 2024
Utama Umum JKM cari waris dua beradik

JKM cari waris dua beradik

oleh admin

ALOR SETAR, 7 Sept. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar sedang berusaha mengesan waris dua kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan tujuh tahun, yang ditinggalkan sejak Julai 2022.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Kota Setar, Siti Zaharah Sulaiman berkata, dua kanak-kanak lelaki tersebut adalah Tee Lyenn Long, 9 dan adiknya, Tee Lynee Kwang, 7.

Tee Lyenn Long (kiri) dan adiknya, Tee Lynee Kwang yang kini di bawah jagaan JKM.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bapa biologi kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Tee Cheng Hock telah meninggal dunia pada 12 Oktober 2020.

“Ibu kandung kanak-kanak tersebut bernama Irah Susanti pula telah menghilangkan diri.

“Ibu mereka dipercayai seorang warganegara Indonesia dan beragama Kristian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Justeru katanya JKM memohon agar ibu kandung, waris atau sesiapa saja yang memiliki sebarang maklumat mengenai kanak-kanak tersebut supaya menghubungi mereka.

Pihak yang memiliki maklumat mengenai dua beradik itu diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Mohd. Sabri Saad di alian 04-7202370 atau 04-7202352.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com