Thursday, 2, May, 2024
Utama Negeri Banjir Kg Iboi : 130 mangsa ditempatkan di dua PPS

Banjir Kg Iboi : 130 mangsa ditempatkan di dua PPS

oleh Ammar Haziq
APM Baling membuat persiapan di PPS yang dibuka di Baling. FOTO APM BALING

BALING – 130 mangsa dari 37 keluarga dipindahkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kupang Baling akibat banjir kilat.

PPS yang dibuka tersebut adalah Dewan Kampung Padang Empang dan PPS Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus, Kupang.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, jumlah tersebut dipindahkan setakat jam 8 pagi pada Rabu.

“Seramai 96 mangsa daripada 31 keluarga berada di PPS Dewan Kampung Padang Empang manakala 34 mangsa daripada enam keluarga berada di PPS Dewan Masjid Al-Huda,” katanya dalam satu kenyataan. – Kedah Gazette

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com