Friday, 22, November, 2024
Utama Gaya HidupHobi BSA Komando

BSA Komando

oleh LX Osman

Lusuh tapi utuh

Motorsikal klasik mungkin hanya sekadar besi lusuh yang hanya menjadi kenangan bagi masyarakat umum. Namun bagi peminat tegar kenderaan ini, hanya dengan memilikinya merupakan nikmat yang sukar didustakan.

Salah satu model yang cukup popular digunakan sebagai jentera perang adalah BSA M21. Ia merupakan produk keluaran Birmingham Small Arms Company yang berpengkalan di United kingdom.

Rentetan sejarah telah menunjukkan betapa pentingnya motorsikal klasik suatu ketika dahulu. Kebanyakan motorsikal yang masih terdapat sehingga kini adalah jentera yang digunakan sebagai kenderaan kegunaan harian. Namun jika disoroti sejarah lebih lama, ada jentera lusuh yang pernah menjadi tunggangan tentera ketika Perang Dunia kedua.

Salah satu model yang cukup popular digunakan sebagai jentera perang adalah BSA M21. Ia merupakan produk keluaran Birmingham Small Arms Company yang berpengkalan di United kingdom. Walaupun didakwa kurang efektif digunakan dalam perang, ia telah digunakan secara meluas diseluruh dunia. Oleh kerana itu, hingga kini masih dapat dilihat dijalan raya seluruh pelusuk dunia.

Pemilik motosikal klasik, Roslan Mat Kasa ketika sesi temubual dan fotografi bersama pemilik motosikal klasik di Dataran Merdeka .


Di Malaysia khususnya, walaupun tidak banyak, jentera ini masih dapat dilihat menyelusuri jalan raya bersama dengan deruman enjin klasik yang cukup mudah dikenal pasti. Bagi Roslan Mat Kasa, ia merupakan satu tuah kepada yang terpilih sahaja.

“Walaupun mempunyai wang ringgit yang banyak, tiada jaminan sesorang itu memiliki motorsikal ini kerana ia sangat jarang ditemui,” sambil ‘membelai’ jentera perang BSA M21 tahun 1940 kesayangannya ini. Roslan menambah motorsikal yang diamanahkan oleh sahabatnya tidak lama dahulu, tidak ternilai dengan wang ringgit.

Motorsikal klasik mungkin hanya sekadar besi lusuh yang hanya menjadi kenangan bagi masyarakat umum. Namun bagi peminat tegar kenderaan ini, hanya dengan memilikinya merupakan nikmat yang sukar didustakan.


Jentera kesayangan Roslan ini telah melalui jalan yang sangat panjang sebelum sampai ke tangannya. Motorsikal ini diambil di Burma dibawa ke Kelantan untuk urusan pendaftaran. Seterusnya berpindah hak milik kepada pemilik di kedah seterusnya sampai ke Perak.

Motorsikal ini dikatakan digunakan sebagai kenderaan pengiring orang kenamaan dan untuk penembak tepat bergerak melaksanakan operasi. Antara sebab mengapa ia dijadikan jentera untuk operasi tersebut adalah kerana keupayaannya yang tangkas dan laju. Sukar untuk model lain mendahuluinya.

Sepanjang motorsikal ini menjadi miliknya, banyak kenangan manis yang telah dikecapi. Inilah yang menjadi ‘chemistry’ antara Roslan dan BSA M21 ini. Menyedari betapa sukarnya untuk mencari ‘rakan’ yang sama model dengan jentera miliknya ini, BSA M21 ini dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Jentera kesayangan Roslan ini telah melalui jalan yang sangat panjang sebelum sampai ke tangannya. Motorsikal ini diambil di Burma dibawa ke Kelantan untuk urusan pendaftaran. Seterusnya berpindah hak milik kepada pemilik di kedah seterusnya sampai ke Perak.

Setiap persiapan yang disisipkan ke motorsikal ini ditempa dengan baik sekali untuk mengekalkan keasliannya. Memang bagi segelintir hiasan yang dikena memberi trampilan yang sangat garang namun hanya sebagai hiasan. Namun ada peristiwa yang menyebabkan Roslan ditahan oleh kerana perhiasan senapang yang diselitkan ke motorsikalnya itu ketika Konvoi ke Krabi tidak lama dahulu.

Roslan juga pernah ditahan oleh pasukan pengiring pemimpin di Thailand. Pada ketika itu sukar untuk menduga apakah kesalahan kali ini tetapi sebenarnya pemimpin tersebut juga peminat jentera klasik. itulah antara beberapa kenangan manis yang dikongsi bersama jentera klasik ini.

Roslan juga pernah ditahan oleh pasukan pengiring pemimpin di Thailand. Pada ketika itu sukar untuk menduga apakah kesalahan kali ini tetapi sebenarnya pemimpin tersebut juga peminat jentera klasik.

Demi kecintaan terhadap barangan klasik, Roslan membuka sebuah galeri yang diberi nama Koleksi Nusantara di Kampar. Selain itu, dia juga bergiat aktif dalam kelab Perak British Classic Malaysia yang menghimpunkan peminat motosikal klasik buatan British.

Setiap kali ditanya berapa harga motosikal ini jika mahu dijual, Roslan menjawab dengan harga yang tidak masuk akal. Dia berkata demikian kerana dia tidak berhajat untuk menjualnya malah akan disimpan sehingga akhir hayat untuk dijadikan bahan bukti untuk ditunjuk kepada generasi akan datang. – KG

Perak British Classic Malaysia

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com