BMW adalah jenama yang cukup sinonim dengan produk kereta mewah buatan Jerman. Kualiti produk jenama ini jauh dari pertikaian kerana ia dianggap seakan kereta kasta mewah suatu ketika dahulu. Namun dengan perubahan tahap ekonomi negara pada sama yang sama memberikan impak kepada penduduknya, sudah ramai orang mampu memiliki kereta jenama ini.
Bagi keluaran model E36, ia diklasifikasikan sebagai kereta compact executive yang merupakan alternatif kepada kelas executive yang lebih besar bentuk dan juga kapasitinya. Sejak ia mula dipasarkan untuk pasaran Malaysia skitar tahun 1995-1999, kereta ini sudah menarik perhatian Johari Jamaludin yang lebih mudah dikenali dengan panggilan Ayie.
Ayie sangat meminati kereta ini kerana bentuk dan rupa tampilnya yang bersahaja, mewah dan garang apabila kena dengan ubahsuainya.”Pertama menyaksikan kereta ini depan mata sendiri, saya membayangkan akan memilikinya satu hari nanti,” Ujarnya.
Dia menambah ciri-ciri keselamatan dan kuasa kuda yang dihasilkan enjin menjadikan kereta ini juara di lebuh raya. Ia mampu memecut lebih 200km/h dna lebih lagi jika berani. Setelah bekerja Ayie berjaya memiliki kereta idamannya ini. Tidak lama kemudian, sebuah lagi jentera BMW dilamarnya. Itulah bayangan betapa fanatiknya Ayie terhadap model ini.
Namun setelah beberapa tahun berkhidmat, nadi asal sudah menunjukkan simptom tidak mampu lagi meneruskan khidmatnya. Lantas Ayie telah memilih untuk memasukkan nadi baharu iaitu enjin dari Toyota yang cukup gah namanya dalam automotif, 1JZ GTE Twin Turbo.
Nadi ini cukup dikenali dengan kuasa kuda yang tinggi dan berkuasa. Kereta yang asalnya sebuah jentera keluarga telah bertukar wajah menjadi sebuah jentera perang yang selalu beraksi dilitar Drift dalam Malaysia sejak empat tahun lepas. Tetapi, jentera ini sehingga kini sangat sinonim dengan Ayie, khususnya dalam bidang permotoran. Inilah titik permulaan bagi Ayie memulakan tapak dalam bidang permotoran, bukan sekadar setempat malahan seluruh negara.
Ayie terlibat secara langsung dalam arena permotoran melalui penglibatannya dengan E36 Fanatics motorsports Club. Ia merupakan salah satu kelab pemilik kereta BMW yang aktif dalam dalam usaha mencari dan menghimpunkan pemilik model ini untuk berkongsi idea.
“Usaha ini pada masa yang sama memastikan model ini tetap dipandang menarik, walaupun sudah berusia lebih 10 tahun,” Ujar Ayie. Dia adalah mantan presiden kelab dan kini merangkap jawatan sebagai penasihat kelab. Platfom inilah yang digunakan dalam usaha bekerjasama dengan kelab lain untuk mewujudkan dunia permotoran bawah satu bumbung yang harmoni.
Selain daripada aktiviti kelab, dia juga melibatkan diri dalam arena litar seperti pertandingan Malaysia Speed Festival (MSF) yang bertempat di litar antarabangsa Sepang (SIC). Dia turut aktif dalam arena permotoran yang lain seperti drift, suka pecut (drag), Ggymkhana dan trak 4×4.
Bagi Ayie, penglibatannya yang aktif dalam arena permotoran adalah sebagai teladan kepada generasi akan datang. Ia sebagai usaha bagaimana menghargai sesuatu minat dan kegilaan. “kepimpinan yang mulia adalah dari teladan pemimpin itu sendiri jadi ini usaha saya untuk menempatkan arena permotoran ke tahap lebih tinggi. Saya tidak akan berhenti disini,” kata Ayie.
Spesifikasi
Jenis kereta BMW E36
- Ubahsuai enjin asal 320i kepada 1JZ GTE Twin Turbo Toyota.
- penapis udara Apexi.
- radiator aluminium
- mounting enjin custom
- sistem exzos ,extractor custom, perendam bunyi spec perlumbaan Kakimotor.
- kotak gear manual 5 kelajuan R154 -klac perlumbaan Ogura.
- sistem suspensi Bilstein 8 -Rim PIAA L’uoma Terzo Design 2 piece 18 inci
- paparan meter input enjin Sard,Omoni,Pivot,RAZO
- bahagian luar GT Wing beserta stiker Torco.
- Bengkel Fitz Ultimate Garage dan ZGarage Motorsport.