Utama Gaya Hidup “Hadiah untuk mak dan ayah, Mercedes S350L”

“Hadiah untuk mak dan ayah, Mercedes S350L”

oleh Ammar Haziq
Muhammad Azlan tidak mengambil masa lama berfikir untuk membeli kereta Mercedes S350L untuk dihadiahkan kepada ibubapanya.

“Dalam pada menunggu kereta Porcshe sedang dibasuh, saya terpandang sebuah Mercedes S350L.

“Tiba tiba,teringat dekat mak ayah. Betapa susahnya mak ayah dulu naik motor buruk hantar saya adik beradik ke sana sini,berhujan panas demi anak anak,” tulis jutawan hartanah, Muhammad Azlan Al-Amin di Facebooknya yang pantas memberikan kereta tersebut untuk ibubapanya.

Menurutnya, beliau hadir ke pusat jualan kereta Public Auto World Sdn Bhd untuk mengambil kereta Porcshe Cayenne yang dibelinya beberapa hari lepas.

“Sebelumnya, di kedai yang sama empat hari lepas,saya diizinkan Allah swt membeli beberapa buah kereta untuk dihadiahkan kepada staf staf saya.

Alhamdulillah.Semuanya milik Allah.Sape yang berusaha dan berdoa,pasti ada rezki untuknya.Bukankah Allah maha kaya? Maka,pintalah pada Allah melalui doa dan usaha,” ujarnya lagi.

Beliau yang terkenal dengan kisah dari pengutip sampah kepada ahli perniagaan bergelar jutawan mengakui sebak mengenangkan ketabahan ibubapanya yang berusaha membesarkan anak-anak di sebalik kesempitan hidup.

“Hati saya terharu dan sebak. Sebenarnya ibu bapa tidak mengharapkan apa-apa daripada anak anak,mereka bukan mahukan jasa dibalas hatta dengan harta sekalipun.

“Cuma,mereka hanya mahukan perhatian dan kasih sayang.Harta,hanya sekadar lambang cinta.Tapi sedarlah ada yang lebih bernilai daripada harta sebagai lambang cinta,iaitu doa.

“Beberapa detik saya termenung,mengimbau sukarnya mak ayah melalui detik detik kemiskinan kami sekeluarga suatu ketika dahulu. Saya lantas membuat keputusan untuk terus membeli kereta ini bagi dihadiahkan kepada mak ayah saya.Semuanya dengan izin dan limpahan kurniaan nikmat pinjaman dari Allah swt,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan

Kedahgazette.com (KGC) merupakan portal berita terkini berbahasa melayu. Dibelakangi oleh wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan. KGC telus dan tidak berpihak dalam melaporkan berita.

© Copyright 2023, All Rights Reserved  | kedahgazette