Friday, 19, April, 2024
Utama Gaya HidupHobi Isteri dapat hadiah gelang emas selepas gambarnya jemur pakaian dapat 20,000 like

Isteri dapat hadiah gelang emas selepas gambarnya jemur pakaian dapat 20,000 like

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Seorang isteri kepada pemilik akaun Facebook yang bernama Muhammad Hassan bertuah apabila tidak semena-mena dia menerima hadiah gelang emas daripada suaminya hari ini.

Ini gara-gara ciapan suaminya mahu menghadiahkan gelang emas sekiranya gambar isterinya itu sedang menjemu pakaian yang dimuat naik dalam Faceboknya mendapat 20,000 like.

Gambar tersebut mendapat 20,000 like dalam masa lima jam sahaja selepas dimuat naik dalam Facebook.

Beliau membuat cabaran itu kerana percaya gambar tersebut sukar mendapatkan jumlah like sebanyak itu.

“Dapat 20ribu like saya nak hadiahkan wife gelang emas. Rasanya macam susah nak dapat ni,” kata Muhammad Hassan dalam Facebooknya itu.

Bagaimanapun Muhammad Hassan dari Johor Bharu tidak menyatakan pula harga gelang emas yang akan dijadikan hadiah nanti. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com