Monday, 25, November, 2024
Utama Politik Satu kerusi wajar dipertimbangkan untuk MCA pada PRN Kedah

Satu kerusi wajar dipertimbangkan untuk MCA pada PRN Kedah

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Pemuda MCA di Kedah meminta agar parti berkenaan tidak dipinggirkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan memperuntukan sekurang-kurangnya satu kerusi.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Sungai Petani, Choo Tai Jie berkata sebagai rakan komponen Barisan Nasional, adalah wajar parti itu diberikan kerusi untuk ditandingi.

Menurutnya, atas semangat konsep kerajaan perpaduan, semua parti termasuk MCA dan MIC harus diberi peluang untuk meletak calonnya, walaupun MCA dan MIC telah gagal menang sebarang kerusi pada pilhan raya umum yang lepas.

“Pada pilhan raya umum peringkat parlimen tahun lepas, MCA kalah di kerusi Parlimen Alor Setar sementara calon MIC di Padang Serai menarik diri selepas pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Jelasnya, sementara itu, pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilhan raya umum 2018, MCA tewas di kerusi Kota Darul Aman, Gurun, Kulim dan Bakar Arang.

“Kami tahu BN-PH akan menghadapi satu cabaran yang besar pada PRN yang akan datang, oleh itu semangat kerjasama harus dipupuk dalam kalangan parti, dan ini akan menaikan semangat semua ahli dalam parti Kerajaan Perpaduan.

“Rundingan dan pembahagian kerusi DUN harus diselesai lebih awal, bagi membolehkan parti memfokuskan isu rakyat dan ekonomi negara. MCA bersiap sedia untuk menghadapi PRN yang akan datang,” ujar beliau lagi.

Tambahnya, jika MCA diberi mandat untuk bertanding dalam PRN yang akan datang, beliau percaya MCA akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut pada PRN Ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com