Tuesday, 30, April, 2024
Utama Sukan Betul ke KFA tak bayar gaji pemain?

Betul ke KFA tak bayar gaji pemain?

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) didakwa gagal melunaskan tunggakan gaji membabitkan pemain pasukan Helang Merah itu pada musim ini.

Memetik laporan BH Online hari ini mendakwa pasukan Kedah merupakan antara empat pasukan selain Kelantan, Melaka United dan Pulau Pinang yang perlu menyelesaikan terlebih dahulu hutang dengan pemain sebelum membuat keputusan untuk memotong gaji pemain ekoran pandemik COVID-19.

Jurucakap Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM) yang mewakili 23 kelab penyokong Kedah, Mohd Safarizal Mohd Sobri sebagai berkata, ketika semua pasukan sedang terkesan dengan pandemik sedang melanda negara dan dunia, berita pasukan masih berhutang menambah lagi kesulitan sedia ada.

“Ini memberi kejutan kepada kami sebagai penyokong setia Kedah, agak mengejutkan juga kerana pihak luar lebih cepat mengetahui keadaan semasa dalam pasukan Kedah.

“Kami amat berharap perkara ini dipandang serius KFA dalam menjaga imej serta reputasi pasukan yang pernah membawa banyak kejayaan dalam Liga Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun difahamkan pihak pengurusan KFA masih belum mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Sementara itu, ramai peminat pasukan Kedah marah kepada KFA sekiranya dakwaan tersebut betul dan mengharapkan KFA dapat membayar segera tunggakan gaji pemain demi menjaga kebajikan mereka.

Mereka percaya KFA yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dapat mengatasi kemelut tersebut dengan segera.

Dalam pada itu, di media sosial pula netizen didapati terkejut dengan dengan laporan tersebut dan mengharapkan masalah tersebut tidak berlaku dalam pasukan kesayangan mereka.

Seorang pemilik akaun Favebook, Suara Sobri dalam ciapannya menulis –

Geng Kodiang FC bagi pantun:

MB Kata Ikat Perut

Ikat Perut Makan Ubi

Takan gaji hutang kot?

Nanti pemain pakat lari…

(kita harap berita ni tak benarlah..Mukhriz pencetus ooo..dia tera..mana boleh ada kelemahan disini sana)..😂

– KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com