Wednesday, 17, April, 2024
Utama Negeri Cawangan biskut Family Corner kini di Alor Setar!

Cawangan biskut Family Corner kini di Alor Setar!

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Peminat biskut Family Corner di Utara dan Kedah terutamanya kini boleh mendapatkannya di outlet mereka di Lot 1D Batu 2, 3/4, Sultan Abdul Halim Highway, kampung Alor Bangsa (Bawah T+ Premium Hotel).


Kedai tersebut merupakan outlet ke-4 Family Corner yang menampilkan rangkaian biskut premium sejak 2008 menyediakan lebih 50 jenis Biskut raya, Kek, makanan ringan dan Kerepek.


Ketua Pegawai Eksekutif Family Corner, Farzihan Surf berkata, pihaknya terharu dengan sambutan yang diberikan dan kini dalam perancangan untuk membuka outlet seterusnya di Kelantan.


“Kami bercadang akan membuka outlet ke-5 di Kota Bharu, Kelantan dalam masa terdekat dan merancang untuk membuka sehingga 60 buah outlet di seluruh Malaysia dalam masa 12 tahun,” katanya pada majlis pelancaran Oulet Alor Setar.


Bagi peminat-peminat biskut premium jom serbu outlet Family Corner!!!


Alamat Outlet ke-4:Famili Corner Alor SetarLot 1D Batu 2, 3/4, Sultan Abdul Halim Highway, kampung Alor Bangsa, 05400 Alor Setar Kedah.(Bawah T+ Premium Hotel)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com