KENYATAAN MEDIA “LANTIKAN PENGURUS BESAR MADA YANG KE-7”
YBrs. Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli telah dilantik sebagai Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuat kuasa 1 Jun 2021.
Terdahulu beliau merupakan Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA, menggantikan Dato’ Fouzi Bin Ali yang telah bersara wajib pada April lalu.
Lantikan tersebut telah dipersetujui oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI).
YBrs. Tuan Haji Kamaruddin Bin Dahuli, 56, berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia pada tahun 2007 dan Sarjana Muda Sains Pertanian (UPM) pada tahun 1988 telah berkhidmat di MADA selama hampir 31 tahun dan mempunyai pengalaman luas di dalam bidang pertanian.
Pihak MADA turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Kamarudin Bin Dahuli di atas perlantikan beliau sebagai Pengurus Besar MADA yang ke-7. Dikeluarkan Oleh : YB Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda – MADA 2 Jun 2021
Kedahgazette.com (KGC) merupakan portal berita terkini berbahasa melayu. Dibelakangi oleh wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan. KGC telus dan tidak berpihak dalam melaporkan berita.