PADANG TERAP – Polis menahan 15 individu yang didapati melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bukit Merbau dekat sini kira-kira pukul 6 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, individu yang ditahan itu membabitkan 12 lelaki dan tiga wanita.
Menurutnya, mereka ditahan ketika polis melakukan Op COVID pada hari terakhir PKP fasa kedua semalam.
“Kesemua individu yang ditahan itu ketika menaiki kereta secara beramai-ramai dan menunggang motosikal tanpa arah tuju,” katanya yang dipetik daripada Facoebook Berita Kuala Nerang hari ini.
Noh berkata, tindakan individu terbabit yang ingkar arahan PKP mengundang padah apabila mereka ditahan polis. – KG