Saturday, 27, July, 2024
Utama Negeri Nelayan putus jari kelengkeng terkena pukat

Nelayan putus jari kelengkeng terkena pukat

oleh Ammar Haziq

KUALA KEDAH- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah telah melaksanakan evakuasi perubatan (MEDEVEC) ke atas seorang kru bot nelayan tempatan yang telah mengalami kecederaan putus sebahagian jari kelingking kerana terkena pukat pada pukul 1.00 petang pada Khamis.
 
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, Pusat Operasi Maritim Kuala Kedah telah menerima panggilan telefon oleh pengadu yang dikenali sebagai Ridzuan memaklumkan bahawa mangsa telah tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan.
 
Susulan itu, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi telah mengkoordinasikan MEDEVAC dan bot Maritim Malaysia telah ditugaskan ke lokasi bot mangsa yang ketika tu dalam perjalanan balik di kedudukan 9.0 batu nautika Barat Daya Muara Kuala Kedah.
 
Mangsa kemudiannya dipindahkan ke bot Maritim dan dibawa ke Jeti Feri Kuala Kedah sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah.
 
Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Kuala Kedah mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar memastikan kesihatan diri dalam keadaan yang baik selain mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik, dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).
 
Zon Maritim Kuala Kedah juga meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.
 

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com