ALOR SETAR – UMNO Bahagian Alor Setar dan Yayasan USIMA mengagihkan 34,000 kotak kurma dan zakat kepada umat Islam di sekitar Parlimen Alor Setar dan Parlimen-Parlimen lain di negeri ini sempena Ramadan.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, sumbangan kurma dan zakat tersebut merupakan acara tradisi setiap kali menyambut bulan yang mulia ini.
Katanya, sumbangan tersebut adalah sebagai persediaan umat Islam menyambut bulan Ramadan.
“UMNO Alor Setar dan Yayasan USIMA telah membuat pengedaran di peringkat parlimen alor setar dengan terus menjelajah ke setiap cawangan-cawangan,” katanya dalam ciapan di Facebooknya hari ini.
Pada tahun ini, beliau memberitahu, UMNO Alor Setar dan Yayasan USIMA turut menyumbang kepada UMNO bahagian-bahagian di dalam negeri Kedah.
“In Sha Allah UMNO Alor Setar cuba sampaikan Sinar Ramadhan kepada anda,” tambahnya. – KG