Monday, 29, April, 2024
Utama Umum Pemuda Pas Kedah bantu mangsa ribut

Pemuda Pas Kedah bantu mangsa ribut

oleh Wartawan Kedah Gazette
Salah seorang mangsa ribut yang menerima bantuan daripada Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah.

ALOR SETAR – Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di empat daerah di negeri ini.

Kepimpinan DPPNK semalam turun serentak menyampaikan sumbangan di empat kawasan yang terjejas teruk akibat ribut iaitu Baling, Jerlun, Pendang dan Kuala Kedah.

Dalam satu ciapan di Facebook Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dimaklumkan misi kali ini diketuai oleh Ustaz Nurul Amin Hamid bersama Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ustaz Nasrun Othman dan Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNK saudara Nakhaie Hassan turun menyampaikan sumbangan dan menziarahi mangsa di daerah Baling.

Di Baling deligasi DPPNK disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, cikgu Abd Nasir Idris dan Ketua Pemuda Paa Baling, ustaz Roshidi Mohd Arof.

Di Jerlun pula, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, ustaz Abdul Hadi Omar yang bertanggung jawab sebagai Pengarah PKWR Jerlun bertindak memimpin sukarelawan membantu Yang Berhormat cikgu Azhar Ibrahim menyantuni mangsa-mangsa ribut di DUN tersebut.

Manakala di Pendang Naib Ketua Pemuda Pas Kedah, ustaz Aizat Zakaria turun menyampaikan sumbangan kepada Ketua Pemuda Pas kawasan tersebut untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas.

Turut sertai misi itu ialah Setiausaha Pemuda Pas Kedah bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan NGO DPPNK turun menyampaikan sumbangan kepada Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah, ustaz Majdi Hussain untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat.

“Pemuda Pas Kedah amat menghargai semua sumbangan yang telah disumbangkan para dermawan yang budiman.

“Semoga keluarga yang terjejas akibat ribut ini sentiasa diberi kesabaran dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT,” katanya. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com