Thursday, 21, November, 2024
Utama Nasional IC Malaysia dijual secara terbuka di online

IC Malaysia dijual secara terbuka di online

oleh Wartawan Kedah Gazette

ALOR SETAR – Mengejutkan. Sekeping kad pengenalan (IC) Malaysia dijual secara terbuka di online pada harga RM1,200 sahaja

Perniagaan IC itu dipercayai didalangi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pendatang asing tanpa izin boleh membeli IC Malaysia di link yang disediakan iaitu
https://allgenuinedocuments.com/product/malaysian-id-card/#collapse2.

Seorang pemilik akaun Facebook yang bernama Adam Danyal dalam ciapannya berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diminta menyiasat segera penjualan IC Malaysia itu.

“JPN jangan tidur tengok link ni lagi mengejutkan,” katanya.

Menurutnya, harga satu IC dijual murah pada harga RM1,200 ($300) sahaja.

Selain, tambahnya, pada link tersebut juga terdapat testimoni. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com