Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Siti Aishah bakal diami rumah lebih selesa

Siti Aishah bakal diami rumah lebih selesa

oleh Wartawan Kedah Gazette

KUALA KEDAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris akan membantu keluarga ibu tunggal, Siti Aishah Ramli di Tanjung Besar di sini dengan membina sebuah rumah yang lebih selesa tidak lama lagi.

https://www.facebook.com/mohdasmirulanuar/videos/556186465082762/?__xts__%5B0%5D=68.ARBs-1Y1ZH-2anASxqXkY9x4dt72YviHUkyrnM3IlDyxno8kMNP2pSK7n38RZm1F_WzFcXELQG4m4UsyrzSjDGsd2O-u6W0mBrve540acPTBC8AHjFNhcW2wXmHEfuN9jxLXmAtC0nPI3ar0u3AQgrlVUvqmg4cIyhkKt3B4wPy0uDxl2ZsovJJ77DmHosHeZjYrNjdTUdVnfQW70cWWb83HN5v6whxwDLF0uzSmAql9Uj3MOhJiX-Z59MyTnIjI4Xxr1RNhlh3pFkzkl2nMIk03qh6USM8NRqpHFEcniJSjNnH7XcKQndzSMuGQNn05BgLufZpkcpjeVLwEMAEmkFv6HpwJbF4K&__tn__=-R

Menurutnya, pada hari ini, beliau sekali lagi melawat Siti Aishah dengan membawa seorang rakan kontraktor untuk membina semula rumah ibu tunggal tersebut yang uzur itu

“Hasrat kita untuk melihat kediaman baru beliau akan segera terbina dan segera siap.

“Buat sementara waktu (Siti Aishah) akan menetap bersama di rumah anakanda beliau,” katanya dalam ciapan terbaru di Facebooknya hari ini.

Kedahgazette.com pagi tadi melaporkan Asmirul Anuar mengakui beliau menangis apabila melawat rumah seorang ibu tunggal di Tanjung Besar di sini petang semalam.

Rumah ibu tunggal itu, Siti Aishah Ramli yang menjadi bualan di media sosial sebelum ini sudah uzur dan keadaan lebih teruk selepas ditimpa ribut kali kedua baru-baru ini.

Asmirul Anuar yang juga Exco Kerajaan Negeri menambah, beliau sebelum ini juga telah memberi bantuan makanan kepada keluarga ibu tunggal itu yang tinggal anak-anaknya dan beberapa cucu.

“Doakan sahabat.. Moga-moga kita semua akan sentiasa di lorongkan oleh Allah SWT untuk sentiasa mencipta kebajikan kepada insan yang memerlukan,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Siti Aishah di talian 017-993 4025 manakala nombor akaun Bank Islam miliknya pula 0210 5020 0020 63. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com