ALOR SETAR – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyifatkan tindakan pemimpin kanan PAN Kedah memuat naik pautan portal dalam laman Facebook beliau yang mendakwa MB Kedah gagal kawal penularan Covid adalah satu tindakan mengelirukan rakyat dan tidak menghormati institusi kerajaan.
Menurut Akta 342 (Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988) hal PKPD atau apa sahaja berkaitan kawalan ini adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Sebarang Tindakan dan penguatkuasaan bersabitkan akta ini adalah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
Namun segala maklumat terperinci,data-data, penyediaan kakitangan adalah dengan kerjasama dan usaha kerajaan negeri melalui JKKN.
JKKN akan memberi cadangan untuk sebarang tindakan apabila memiliki data yang tepat, tetapi perlu disahkan dan diumumkan oleh KKM atau Menteri Kanan.
Sebagai bekas kerajaan dan exco kesihatan, sepatutnya bersikap matang dan memberikan banyak sumbangan idea dan bantuan seperti berkempen kepada rakyat mematuhi SOP
Sikap tunding jari disaat kebimbangan covid menunjukan PAN Kedah terlalu berpolitik dan jauh daripada naratif cintakan negara
Mainan persepsi sebegini diwaktu wabak adalah sikap yang tercela serta amat memudharatkan keharmonian sosial dan menunjukkan diri mempunyai masalah hati yang sangat kritikal dan perlu diubati.
Pengumuman oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 28 mukim Daerah Kota Setar, bermula 12.00malam ini 11 September sehingga 25 September sangat jelas selari dengan cadangan Menteri Besar Kedah YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor semalam.
*USTAZ NURUL AMIN HAMID* Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah