Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Maritim santuni komuniti maritim di Langkawi

Maritim santuni komuniti maritim di Langkawi

oleh Ammar Haziq

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan Program Sahabat Maritim bersama komuniti maritim di Dataran Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, program santai bersama persatuan nelayan ini merupakan usaha bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan komuniti maritim. Program berkenaan kembali diadakan selepas negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program antaranya pameran kerjaya dan demonstrasi jet ski Maritim Malaysia, aktiviti mewarna kanak-kanak, Liga Bola Sepak Penalti melibatkan sebanyak 16 pasukan, acara tarik tali antara komuniti dan Maritim Malaysia serta pemeriksaan kesihatan secara percuma bersama Jabatan Kesihatan Daerah Langkawi.

Aktiviti gotong-royong bersama komuniti membersihkan kawasan pantai Tanjung Rhu juga turut dilaksanakan.

Bersempena program berkenaan, sebanyak 72 bakul makanan telah diagihkan kepada komuniti setempat.

Komuniti maritim setempat khususnya pihak nelayan dan pemain industri Mangroove Tour banyak membantu Maritim Negeri Kedah dan Perlis dalam menyalurkan maklumat mengenai sebarang kecemasan atau jenayah di laut.

Pihak nelayan telah banyak menyumbang bakti dan tenaga terutamanya dalam memberikan bantuan dalan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang dilaksanakan di seluruh perairan negeri Kedah dan Perlis.

Program Sahabat Maritim ini akan diteruskan serta dipertingkatkan agar hubungan baik antara penguat kuasa dan masyarakat terus erat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com