JITRA – Fenomena ikan ‘mabuk’ di laluan Sungai korok menyaksikan penduduk sekitar Jitra berpesta apabila mudah menangkap ikan air tawar pelbagai spesis yang timbul di permukaan pada Khamis lalu.
Pengurus Besar Lembaga kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Fouzi Ali berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kematian ikan di Terusan Utara.
Pihak MADA telah mengambil tindakan dengan mengambil sampel-sampel air di Terusan Utara, Alor Changileh, Sungai Tanjung Pauh dan Sungai Bata pada hari Khamis lepas (10 September 2020).
“Sampel air ini sedang dianalisa atas kesesuaian bagi kegunaan tanaman padi dan ekosistem terusan dan sungai berkaitan.
“Buat masa ini pihak MADA masih menunggu keputusan analisis sampel air tersebut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KG