Thursday, 21, November, 2024
Utama Negeri Tiga kereta bertembung, seorang maut

Tiga kereta bertembung, seorang maut

oleh Ammar Haziq
Pemandu yang membawa kereta proton satria maut.

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kangar-Alor Setar kira-kira lebih kurang jam 5 petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kedah), Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Proton Satria, kereta Honda BRV dan Perodua Viva.

Menurutnya, makluman dari komander operasi mendapati tiga  buah kenderaan tersebut hilang kawalan dan berlanggar menyebabkan kereta perodua viva terbabas dan memasuki parit manakala mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke hopital.


“Mangsa seorang wanita yang menaiki kenderaan Proton Satria  tersepit dan  mengalami cedera parah dan pemandu pula seorang lelaki meninggal dunia di sahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


“Wanita tersebut telah  berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba BBP Jitra pada jam 5.50 petamg dan di bawa ke hospital Jitra,”,katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Seorang lagi mangsa lelaki yang memandu Honda BRV turut mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal oleh anggota KKM dilokasi sebelum di bawa ke hospital.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com