Saturday, 23, November, 2024
Utama Politik Pasukan khas perlu dibentuk siasat kartel import daging

Pasukan khas perlu dibentuk siasat kartel import daging

oleh Ammar Haziq

PEMUDA UMNO KEDAH TURUT DESAK TUBUH PASUKAN KHAS SIASATAN KARTEL IMPORT DAGING

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyokong gesaan agar pasukan petugas khas dibentuk bagi menyiasat dakwaan kartel daging import, supaya sesiapa sahaja yang terbabit dengan konspirasi terkutuk itu dapat diambil tindakan tegas.

Seperti mana yang disuarakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO Kedah juga gusar dengan pendedahan kartel itu yang meragut keyakinan umat Islam terhadap sistem persijilan halal negara.

Lebih parah lagi ia menjejaskan keutuhan sistem pelbagai agensi dan mendedahkan banyak kelemahan dalam tadbir urus dipelbagai peringkat agensi kerajaan.

Bagaimana kartel itu dapat beroperasi sekian lama tanpa tindakan juga menjadikan orang ramai mempersoalkan integriti penjawat awam yang mengendalikan urusan kemasukan daging berkenaan.

Selain pasukan khas itu yang perlu dibentuk segera dan berupaya mengambil tindakan segera membebaskan anasir rasuah, salah guna kuasa dan penipuan setiap individu terbabit, Pemuda UMNO Kedah mendesak kerajaan mengkaji semula sistem berkaitan soal import daging dan sijil halal daging import kerana ia melibatkan banyak agensi yang memberi ruang kepada manupulasi.

Sekarang kita melihat banyak agensi terbabit dalam sistem pengimportan daging seperti Jabatan Kastam, Maqis, Jabatan Agama dan KPDNHEP.

Mungkin kerajaan boleh melihat menjadikan pelbagai agensi itu sebagai satu sahaja pasukan petugas khas yang turut dianggotai SPRM, yang bertanggungjawab dari awal sehingga daging sampai kepada pengguna.

Disamping dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap daging import, ia dapat mengurangkan karenah birokrasi dan boleh menghindari peluang “kebocoran” dalam sistem.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan
Pemuda UMNO Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com