Saturday, 20, April, 2024
Utama Nasional KWSP perlu ‘cakap serupa bikin’, hapuskan syarat, buka pada semua!

KWSP perlu ‘cakap serupa bikin’, hapuskan syarat, buka pada semua!

oleh Ammar Haziq
Syed Mohd johan Rizal

Mari imbau kembali kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas yang menyebut tiada sesiapa akan tertinggal daripada mendapat menafaat bantuan kerajaan semasa mengharungi cabaran sukar pandemik covid 19 ini.

Itu adalah satu ikrar perjanjian kerajaan dengan rakyat dan sekarang mari maju kehadapan pada hari ini.

Hari ini menjadi suatu lorong yang gelap bagi sebilangan pencarum KWSP yang menanti dengan penuh pengharapan bagi mendapat keistimewaan mengeluarkan wang caruman mereka dalam akaun 1, namun harapan mereka dinafikan dengan KWSP memperkenalkan syarat yang ketat.

Rata-rata meluahkan amarah mereka menerusi laman sosial, mengadu kepada pemimpin politik supaya nasib mereka dibela setelah mereka berada dalam kategori yang tidak memenuhi syarat pengeluaran, yang bersifat tidak adil kepada sebilangan pencarum.

Berbalik kepada janji Perdana Menteri itu dan senario KWSP sekarang, kelihatan kerajaan telah memungkiri janji untuk memastikan tiada yang tertinggal daripada mendapat menafaat.

Dan kerajaan sekali lagi memungkiri janji yang dibuat okeh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Sidang Dewan Rakyat minggu lepas yang menjanjikan pengeluaran KWSP akan dibuka kepada semua yang melibatkan seramai 8 juta orang.

Adakah ucapan Menteri Kewangan semasa mengulung perbahasan belanjawan 2021 itu hanya bersifat “lip service” bagi mendapat sokongan ahli parlimen bagi kelulusan dan kemudian dengan sewenangnya tidak menunaikan janji berkenaan.

Persoalan lain adakah syarat itu diletakkan kerana terlepas pandang golongan kekurangan pendapatan akibat dipotong gaji ataupun adakah syarat itu diletakkan KWSP setelah ia mempunyai data bagi menyokong tindakan pengeluaran bersyarat itu.

Pada Pemuda UMNO Kedah, perkara yang mudah jangan disulitkan. Tugas kerajaan memudahkan hidup rakyat.

Desakan Pemuda UMNO Kedah, kembalikan kepada cadangan asal iaitu beri pengeluaran sekali sebanyak RM10,000 tanpa bersyarat. Ubahlah semula syarat berkenaan, tidak perlu malu apabila kerajaan terpaksa mengubah peraturan pengeluaran sebanyak dua kali dalam masa singkat.

Pada masa yang sama tempoh pengeluaran juga agak lama iaitu bulan Januari bagi kategori pertama dan bagi kategori kedua permohonan hanya bermula pertengahan Januari.

Wujudkanlah hanya satu kategori dan segerakanlah pembayaran agar menafaat itu segera dinikmati.

Berikanlah berita gembira segera kepada rakyat, jangan biar mereka terus marah yang akibatnya akan ditanggung kerajaan dalam tempoh yang panjang.

Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Kedah

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com