Tahniah kepada YAB Menteri Besar, Hj. Muhammad Sanusi Md Nor di atas kejayaan menerajui Kedah yang hari ini genap setahun.
Setahun yang berjaya.
Berjaya mengembeling seluruh Exco, Adun, Pegawai Tadbir Negeri, Ahli Majlis Daerah, Jpkk beserta kakitangan kerajaan di semua peringkat untuk bersama bekerja kuat demi kesejahteraan rakyat dan negeri.
Berjaya menyelesaikan masalah tertunggak seperti Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Syarikat Air Darul Aman (SADA), KXP dan lain-lain keperluan asas rakyat dengan kadar segera.
Berjaya menarik minat pelabur-pelabur untuk membuat pelaburan yang besar di Kedah.
Berjaya menyemarakkan semangat berkebajikan antara pemimpin dengan rakyat dan antara kaya dengan miskin.
Program Beras Sejahtera, Khairat Kematian dan pelbagai bantuan kepada rakyat adalah bukti kesungguhan malaksanakan kebajikan.
Berjaya menyemarakkan majlis-majlis ilmu bermula dengan Raudhatul Ilmi di Dewan Seri Mentaloon dan tersebar ke seluruh daerah serta DUN.
Kejayaan yang disenaraikan adalah sebahagian dari permulaan kepada penerokaan kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.
Pelan Pembangunan Kedah 2035 adalah cita-cita besar untuk dicapai.
Kejayaan tidak akan diperoleh melainkan dengan bekerja kuat dan sedia berkorban. Masih banyak masalah rakyat yang perlu untuk diselesaikan.
Pemimpin yang hebat tidak akan berpuas hati dengan apa yang dicapai pada hari ini, melainkan terus berjuang untuk kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.
Semoga Allah permudahkan urusan YAB Menteri Besar bersama para exco dan pegawai kerajaan untuk terus mentadbir Kedah ke persada kejayaan selari dengan mottonya.
YB Senator Ustaz Haji Ahmad Yahaya(Pesuruhjaya PAS Negeri KEDAH)
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”