Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Bilal Yusra derita kecacatan tempurung kepala meninggal dunia

Bilal Yusra derita kecacatan tempurung kepala meninggal dunia

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Anak syuarga iaitu Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar, 3 tahun, yang menderita kecacatan tempurung kepala atau Alobar holoprosencaphly sejak lahir telah meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Pemergiaannya pada jam 4.50 pagi di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, Kulim telah disahkan oleh ibunya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 26, dan bapa, Mohammad Azhar Arzemi, 31.

Mohammad Bilal Yusra meninggal dunia di pangkuan ibunya dan Nurul Izzati Adawiyah akui reda dengan pemergian anaknya itu.

Selain menderita kecacatan tempurung kepala, anak syurga itu juga turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

“Beberapa hari sebelum ini, Bilal nampak seperti biasa cuma dia kerap merengek. Dia meninggal dunia di samping saya dan suami pagi tadi,” katanya semasa dihubungi pemberita.

Nurul Izzati Adawiyah berkata, jenazah anak keduanya itu akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ular.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com