Sunday, 5, May, 2024
Utama Negeri Kedah sumbang RM200,000 kepada Palestin

Kedah sumbang RM200,000 kepada Palestin

oleh Ammar Haziq
Muhammad Sanusi

Kerajaan Negeri Kedah akan menyumbang RM200 ribu kepada #Aid4Palestine sebagai tanggungjawab agama, persaudaraan dan kemanusiaan sejagat bersama rakyat Palestin.

Seluruh umat Islam wajib bersama-sama menghulurkan bantuan bagi merawat derita dan kepayahan rakyat Palestin yang sedang diganyang oleh regim zionis Israel.

Luka umat Islam dan kehancuran kemanusiaan sejak 1948 itu kini berdarah lagi, malah makin membesar sejak beberapa hari lalu bersabit kekejaman terbaru regim zionis ke atas rakyat Palestin di Masjidil Aqsa dan Semenanjung Gaza.

Hal ini tidak boleh dipandang sepi begitu sahaja.Walaupun sumbangan ini kecil dan jauh daripada mencukupi untuk membantu mereka, sekurang-kurangnya ia manjadi tanda kebersamaan Kedah dan seluruh rakyat Malaysia bersama perjuangan rakyat Palestin menghadapi penjajahan dan kekejaman regim Zionis Israel.

Adalah menjadi kewajipan kita di negeri ini untuk menghidupkan persaudaraan dan menyuburkan kemanusiaan.

Muhammad Sanusi Md Nor

Menteri Besar Kedah Darul Aman, 1 Syawal 1442

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com