Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri Bukan ini yang rakyat harapkan daripada PM10

Bukan ini yang rakyat harapkan daripada PM10

oleh Ammar Haziq

Kenyataan Media
ADUN Kerajaan Negeri Kedah

BUKAN INI YANG RAKYAT HARAPKAN DARIPADA PENTADBIRAN PM KESEPULUH

  1. Larangan penglibatan YAB Menteri Besar Kedah dengan program LIMA di Langkawi adalah bukti “pelanggaran” konsep federalisme yang diamalkan dalam negara. Walaupun program ini dianjurkan oleh agensi di bawah Persekutuan, tapi Langkawi tanah Kedah, sebuah negeri yang berdaulat di Malaysia. Ketua pentadbirnya adalah Menteri Besar Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
  2. Isu KXP atau Kedah Aerotropolis, lawatan beberapa menteri ke Kedah tanpa makluman rasmi kepada Kerajaan Negeri, jawapan lisan di Parlimen berkaitan projek impak tinggi di Kedah dan terkini isu penggunaan gambar dan sewaan Dewan MAEPS; menunjukkan sikap tidak profesional Pusat terhadap pentadbiran Negeri Kedah.
  3. Apa yang berlaku ini, bukanlah apa yang pernah diucapkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum mendapat kuasa dan diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Konsep keadilan yang diperjuangkan serta agenda rakyat yang dilaungkan “hilang” disebalik kuasa yang diperolehi. Malahan “kezaliman dan balas dendam” terzahir sejak awal pentadbiran PH-BN selepas PRU 15 yang lalu.

4.Usaha Kerajaan Negeri Kedah khasnya Menteri Besar untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan bermula sebaik penubuhan kerajaan baharu peringkat Persekutuan. Dua surat rasmi telah diutus oleh Kerajaan Negeri untuk mengadakan pertemuan rasmi dengan YAB Perdana Menteri bagi membincangkan isu projek pembangunan negeri. Menteri Besar yang hadir di majlis pelancaran slogan Malaysia Madani telah memaklumkan sendiri kepada Perdana Menteri perihal surat yang telah dihantar. Menteri Besar turut hadir dalam mesyuarat dan program Persekutuan.

  1. Kami di peringkat Adun Kerajaan (Backbenchers) akan terus menyokong usaha Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Seri Muhammad Sanusi menjalinkan kerjasama dengan Pusat atas konsep federalisme.

Firman Allah Taala
إن الله يأمركم أن تؤدوا الامانات إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل

Hadis Rasulullah
ما من وال يلي رعية وهو غاش لهم إلا حرم الله عليه الجنة

Semoga saranan dari Al-Quran dan Hadis Nabi SAW ini akan sentiasa menjadi tazkirah dan panduan untuk kita semua.

“Sayangi Kedah Sejahtera”
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Mohd Azam Bin Abd Samat
Pengerusi ADUN Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers)
DUN Kedah Darul Aman.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com