Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional Orang politik jangan campur tangan perolehan aset tentera – PM

Orang politik jangan campur tangan perolehan aset tentera – PM

oleh admin

BUTTERWORTH:Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli politik supaya tidak mencampuri urusan perolehan aset ketenteraan negara.

Ini kerana katanya, urusan
berkaitan perolehan kententeraan diuruskan sendiri oleh pihak ketenteraan.

Beliau yang juga Menteri Keewangan berkata kerajaan sudah memaklumkan serta mengeluarkan arahan kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT) berhubung perkara itu.

“Saya kata arahan nak beli pesawat. nak beli kapal, tank, senapang biar ambil keputusan profesional dari bahagian masing-masing.

“Orang politik, jangan campur, ejen-ejen luar, jangan campur dan bila diputuskan, kita bincang dengan Kementerian Kewangan dan satu kos kita runding terus di antara kerajaan-kerajaan,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Ramah Mesra Bersama Warga Pangkalan Udara Butterworth sempena Ulang Tahun TUDM ke-65 di Perkarangan Hangar ASF, Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Pulau Pinang di sini, hari ini.

Turut hadir Komander Pangkalan Tentera Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Khairol Muzambi Salehin.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, kerajaan akan memastikan perumahan penjawat awam dibaiki pada tahun hadapan.

Beliau berkata, tahun ini fokus kerajaan adalah untuk membaik pulih klinik dan sekolah daif di seluruh negara terlebih dahulu.

Terdahulu pada majlis itu Anwar turut menyampaikan sumbangan kecemerlangan akademik bagi SPM tahun 2022 berjumlah RM3,600 selain sumbangan bagi pesakit kronik berjumlah RM20,700.

Seramai 700 orang warga Pangkalan Udara Butterworth termasuk warga TLDM yang berkhidmat di Pangkalan Udara Butterworth hadir memeriahkan majlis terbabit.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com