Sunday, 28, April, 2024
Utama Nasional PM Anwar serah Rumah Kasih Ihsan kepada empat penerima

PM Anwar serah Rumah Kasih Ihsan kepada empat penerima

oleh admin

TASEK GELUGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan majlis penyerahan Rumah Kasih Ihsan secara percuma kepada empat keluarga yang kurang berkemampuan di Kampung Tok Bedu, Jalan Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

Program itu merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan kediaman selesa kepada rakyat dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Keempat-empat penerima berkenaan menerima kunci rumah itu di bawah program Rumah Kasih Ihsan yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP).

Sebagai projek rintis, sebanyak empat buah Rumah Kasih Ihsan telah dibina di Pulau Pinang iaitu di Kampung Tok Bedu, Padang Menora, Penaga dan Machang Bubok, di Bukit Mertajam.

Rumah Kasih Ihsan berkeluasan 660 persegi dengan tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur serta bilik air membabitkan kos pembinaan sebanyak RM75, 000 seunit.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com