Friday, 22, November, 2024
Utama Nasional PM mahu IKIM teruskan program tingkat kefahaman Islam

PM mahu IKIM teruskan program tingkat kefahaman Islam

oleh admin

PUTRAJAYA :Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) terus meningkatkan program kefahaman Islam di negara ini bagi mengangkat martabat umat dan mengeluarkan umat dari belenggu kedangkalan ilmu.

Katanya umat Islam juga wajar melakukan muhasabah sejauhmana kesedaran Islam melalui dakwah yang telah lama dimulakan sebelum ini benar-benar diisi dengan kefahaman Islam yang berakar dengan disiplin ilmu yang kuat.

Terdahulu, Anwar menerima kunjungan hormat yang diketuai Pengerusi IKIM Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz,
Ketua Pengarah LKIM, Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah IKIM hari ini.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan atas cadangan dan nasihat para Ahli Lembaga Pengarah IKIM mengenai hal ehwal Islam di Malaysia serta usaha meningkatkan keberkesanan peningkatan kefahaman Islam di setiap lapisan masyarakat.

“Moga pemahaman kita terhadap Islam dapat dipertingkatkan dalam kesemua bidang termasuk akidah, akhlak, kebudayaan, politik, ekonomi dan sebagainya agar bersesuaian dengan perkembangan ilmu dan kehidupan semasa,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com