Friday, 3, May, 2024
Utama Nasional Malaysia-Thailand segerakan kerja pelebaran, pedalaman Sungai Golok

Malaysia-Thailand segerakan kerja pelebaran, pedalaman Sungai Golok

oleh Ammar Haziq

PASIR MAS: Kerja-kerja pelebaran dan pedalaman Sungai Golok di Rantau Panjang, dekat sini akan disegerakan dalam usaha meredakan tekanan banjir di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan melibatkan perkara itu sudah dilakukan dengan rakan sejawatnya dari Thailand iaitu Srettha Thavisin.

Menurutnya, Srettha sudah memberikan respon positif dan perkara itu akan disegerakan.

“Pada hemat kami kerja-kerja ini mampu meredakan tekanan banjir di kedua-dua negara iaitu melibatkan di Narathiwat (Thailand) dan Rantau Panjang (Malaysia),” katanya selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com