Sunday, 28, April, 2024
Utama Ekonomi Malaysia negara industri berteknologi tinggi menerusi NIMP 2030

Malaysia negara industri berteknologi tinggi menerusi NIMP 2030

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menjadikan Malaysia sebagai negara industri berteknologi tinggi dengan transformasi digital menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang akan dilancarkan pada 1 September ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, NIMP 2023 juga tidak akan tertumpu kepada satu-satu sektor sahaja, sebaliknya ke arah mencapai matlamat dan misi yang memberi ruang kepada anak muda menerokai bidang pekerjaan baharu.

“NIMP 2030 yang akan dilancarkan dua hari lagi ini, bukan seperti pelan perindustrian yang biasa.

“Ia memberi tumpuan terhadap anjakan supaya tidak hanya memutuskan kepada sesuatu sektor, tetapi ke arah matlamat dan misi menjadikan Malaysia negara industri dengan teknologi tinggi, transformasi digital dan memberi ruang kepada ratusan ribu anak muda dalam bidang pekerjaan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.

Perdana Menteri menambah, transformasi digital dalam industri bukan sahaja dapat mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul tetapi akan meningkatkan keupayaan negara.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan melaksanakan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) sejurus selepas pelancaran NIMP 2023.

Katanya, kajian itu bukan sekadar menilai perencanaan awal, tetapi juga membuat pengubahsuaian dan anjakan supaya pembangunan negara terus mampan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com