Friday, 20, September, 2024
Utama Ekonomi Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2024 peringkat dasar

Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2024 peringkat dasar

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 atau Belanjawan MADANI 2024 di peringkat dasar melalui undian suara.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan kelulusan itu selepas Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menggulung perbahasannya, setelah lebih 100 Ahli Parlimen membahaskan belanjawan itu.

Bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat”, belanjawan itu memperuntukkan RM393.8 bilion, dengan pecahan RM90 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, manakala RM388 bilion untuk perbelanjaan mengurus.

Seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar, bermula 16 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com