Friday, 3, May, 2024
Utama Gaya HidupHiburan Nasib Ibnor Riza, Fauziah Samad dapat perhatian PM

Nasib Ibnor Riza, Fauziah Samad dapat perhatian PM

oleh Ammar Haziq

PETALING JAYA: Prihatin dengan keadaan yang menimpa penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza, 62, dan pelakon, Fauziah Samad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menghulurkan sumbangan bagi membantu urusan perubatan masing-masing. 

Sumbangan terbabit disampaikan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi selepas menziarahi mereka hari ini. 

“Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor Riza dan saudari Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan.

“Saudara Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala saudari Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, lewat petang ini. 

Dalam pada itu, Anwar turut mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com