Saturday, 15, June, 2024
Utama Sukan Akmal Rizal dilantik ‘caretaker’ Penang FC

Akmal Rizal dilantik ‘caretaker’ Penang FC

oleh Ammar Haziq

GEORGETOWN – Penang FC mengumumkan pelantikan  Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai ‘caretaker’ pasukan tersebut sehingga tamat saingan Liga Super musim 2023.

Menurutnya, semua pengendalian latihan dan penyusunan urusan perlawanan menentang Sri Pahang FC dan Terengganu FC di laman sendiri dan perlawanan terakhir menentang JDT FC akan dikendalikan oleh bekas pemain kebangsaan itu. 

“Sehubungan kegagalan Penang FC melangkah ke pentas akhir Piala Cabaran 2023 dan prestasi yang membimbangkan dalam persaingan Liga Super 2023, untuk 3 lagi baki perlawanan Liga Super,  pihak Pengurusan memutuskan Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt dan Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid direhatkan sehingga selesai Liga Super musim 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Penang FC berkata lagi, peminat bolasepak di Pulau Pinang diharapkan dapat turun beramai-ramai memberikan semangat dan sokongan kepada Akmal Rizal dan para pemain menggalas tugas berat ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com