Sunday, 28, April, 2024
Utama Nasional Malaysia raih pelaburan bernilai RM63.02 bilion di Amerika Syarikat

Malaysia raih pelaburan bernilai RM63.02 bilion di Amerika Syarikat

oleh Ammar Haziq

SAN FRANCISCO: Malaysia telah meraih pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Daripada jumlah itu, pelaburan sebanyak RM8.33 bilion adalah daripada misi perdagangan dan pelaburan ke AS yang dianjurkan sebelum bermulanya mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), manakala pelaburan selebihnya adalah daripada mesyuarat satu dengan satu yang diadakan oleh Anwar di sini.

Pelaburan bagi misi perdagangan ini adalah daripada Abbott Laboratories, Mondelez International, Amsted Rail, Hematogenix, PerkinElmer, Ford Motor Company, Boeing, Amazon Web Services, Enovix dan Lam Research.

“(Pelaburan) selebihnya telah diraih daripada pertemuan berasingan dengan gergasi teknologi seperti Google, Enovix Cooperation, Microsoft, TikTok dan TPG,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatannya ke AS.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com