Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri 17 usahawan alumni Kolej KEDA terima geran RM199,316

17 usahawan alumni Kolej KEDA terima geran RM199,316

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) melalui Kolej KEDA menyerahkan replika (mock cheque) bantuan peralatan kepada 17 orang usahawan TVET yang juga merupakan bekas pelajar Kolej KEDA.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM 199,316 telah diperuntukkan kepada para penerima bantuan dalam bentuk geran peralatan.

Para usahawan alumni ini turut diraikan dalam program Kursus Pembangunan Usahawan ‘Digital Marketing’ Kolej KEDA Tahun 2023.

Sesi simbolik penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEDA, Tuan Ismasuhaimi Shariff.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengarah Kolej KEDA, Che Ridzuan Mohamad Isa.

Memetik ucapan Pengurus Besar KEDA, beliau berkata bantuan peralatan yang disalurkan kepada penerima ini merupakan suntikan semangat buat usahawan Alumni Kolej KEDA.

Bantuan ini diharap diharap dapat mempertajamkan skil kemahiran para alumni dan seterusnya melancarkan perniagaan yang telah diusahakan dan meningkatkan pendapatan mereka.

Beliau juga berharap agar peniagaan yang diceburi mereka terus berdaya saing dan maju.

Kursus Pembangunan Usahawan ‘Digital Marketing’ Kolej KEDA ini adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif yang dijalankan pihak Kolej dalam memupuk pengetahuan berkaitan teknologi dan pemasaran perniagaan secara atas talian di platform sosial media pada masa kini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com