Thursday, 28, March, 2024
Utama Negeri 5,082 pelajar baharu sesi akademik 2021/2022 ditawar melanjutkan pengajian di UUM

5,082 pelajar baharu sesi akademik 2021/2022 ditawar melanjutkan pengajian di UUM

oleh Ammar Haziq

SIARAN MEDIA

5,082 PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2021/2022 DITAWAR MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UUM

Sintok, 4 Oktober – Seramai 5,082 pelajar baharu ditawarkan untuk mengikuti 47 program pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Sesi Akademik 2021/2022.

Mereka terdiri daripada calon lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma, Matrikulasi, Asasi Pengurusan UUM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) serta pelajar antarabangsa.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 4,817 terdiri daripada pelajar tempatan manakala baki seramai 252 ialah pelajar antarabangsa. Berikut ialah pecahan pelajar tempatan dan antarabangsa mengikut kategori:

Pecahan pelajar tempatan:

•           Pengambilan melalui UPU – 4,535

•           Lepasan Asasi Pengurusan UUM – 220

•           Saluran terbuka – 62

Pelajar Persediaan Kecemerlangan Golf – 13

Pecahan pelajar antarabangsa:

•           Pelajar peringkat Sarjana Muda (16 buah negara) – 192

•           Pelajar mobiliti – 40  

•           Pelajar dual degree (Universitas Padang Indonesia) – 20          

JUMLAH KESELURUHAN: 5,082

Daripada jumlah pengambilan menerusi UPU, 3,357 merupakan pelajar wanita, manakala 1,178 adalah pelajar lelaki.

Pelajar antarabangsa yang paling ramai diterima masuk ke UUM adalah dari Indonesia iaitu seramai 116 orang diikuti China (15), Yaman (9) dan Somalia (4), selain dari Nigeria, Algeria, Thailand, Arab Saudi dan lain-lain.

Selain itu, UUM turut menerima kemasukan 16 pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan tiga (3) pelajar Orang Asli dari Tapah, Perak (2) dan Kuala Rompin, Pahang (1).

Pada sesi akademik 2021/2022, tiga (3) program pengajian menerima kemasukan terbesar:

  1. Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian – 347 pelajar
  2. Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian – 311 pelajar
  3. Sarjana Muda Sains Ekonomi dengan Kepujian – 306 pelajar

Jumlah Purata Markah Keseluruhan (PMK) kemasukan calon pada tahun ini ialah 3.43.

Daripada 5,082 pelajar yang ditawarkan melanjutkan pengajian di UUM, 466 pelajar memperoleh PMK 4.0 (9.17%) yang mana 233 daripadanya adalah dari program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, diikuti Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (74), Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian (49) dan selebihnya adalah dari program-program lain yang ditawarkan.

Tiga (3) program yang mencatatkan purata PMK kemasukan tertinggi:

  1. Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian – 3.96
  2. Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian – 3.96
  3. Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian – 3.93

Pelajar lama dan baharu akan mula kembali ke kampus secara fizikal mulai 15 Oktober ini secara berperingkat seperti yang diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat dan pelajar perlu memenuhi syarat lengkap vaksin dan melepasi tempoh keberkesanan selepas divaksin.  

Kira-kira 2,600 pelajar lama, manakala 900 pelajar baharu akan memasuki kampus bagi fasa pertama bermula 15 Oktober ini. Bagaimanapun jumlah tersebut akan berubah dari semasa ke semasa kerana masih dalam proses maklum balas.

Sehingga 26 September 2021, jumlah keseluruhan pelajar UUM adalah seramai 34,346 orang iaitu 29,350 bagi peringkat pengajian sarjana muda (sepenuh masa, Pengajian Jarak Jauh dan program kerjasama) dan 4,996 bagipasca siswazah.

PROF. DR. HAIM HILMAN ABDULLAH

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Menjalankan Fungsi Naib Canselor

Universiti Utara Malaysia

4 Oktober 2021

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com