Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri KEDA belanja RM674,000 perkenal Spike di 12 desa KEDA

KEDA belanja RM674,000 perkenal Spike di 12 desa KEDA

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Bagi meneruskan kesinambungan melahirkan desa yang indah, cantik dan bersih, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperkenalkan Projek Pengurusan Sisa Pepejal di Wilayah KEDA (Spike.

Pengerusi KEDA, DatUK Seri Jamil Khir Baharom berkata, agensi itu muncul sebagai antara agensi Lembaga Kemajuan Wilayah terawal bagi di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang menjayakan projek seumpama ini Projek Pengurusan Sisa Pepejal.

“Projek ini adalah inisiatif KEDA untuk membangunkan satu projek berfokus kepada pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik dan tersusun di Desa KEDA.

“KEDA telah belanja RM 674,000 bagi projek ini dengan melibatkan 12 lokasi Desa KEDA. Ini merupakan ‘pilot project’ dengan menekankan pembangunan pusat pengumpulan sisa pepejal, tong roro dan aktiviti latihan dan pendedahan,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran SPIKE di Dataran Dewan Desa KEDA Seberang Paya Kerchut di sini.

Turut hadir bersama adalah Pengurus Besar KEDA, YBhg. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, YBhg. Encik Muhammad Syafiq bin Zuki, Ketua Eksekutif Korporat, Green Resources Sendirian Berhad dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar.

Seramai 5,000 penduduk desa dijangka menerima manfaat hasil projek pembinaan pusat pengumpulan sisa pepejal ini.

Dalam pada itu, Ismasuhaimi memaklumkan bahawa agensi ini berhasrat mahu memperluaskan SPIKE ke 20 hingga 25 kampung-kampung dalam wilayah KEDA pada RMK akan datang bergantung kepada keberjayaan ‘pilot project’ ini.

“Terima kasih kepada agensi kolaborasi seperti Jabatan Alam Sekitar, SWCorp, E-Idaman dan Green Resources Sendirian Berhad atas perkongsian kepakaran bersama penduduk desa KEDA.

Saya berharap agar para penduduk memanfaatkan ilmu yang dikongsi dan mengaplikasi dalam kehidupan masing-masing. Ini adalah salah bentuk keharmonian yang boleh kita bina,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com