Friday, 22, November, 2024
Utama Politik ‘Rujuk kepimpinan Amanah dulu sebelum buat kenyataan tentang UMNO’

‘Rujuk kepimpinan Amanah dulu sebelum buat kenyataan tentang UMNO’

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA -Ketua Pemuda Amanah Kawasan Tangga Batu, Ahmad Azri Abdullah diminta merujuk kepada kepimpinan Pemuda parti itu ataupun Kepimpinan Tertinggi Amanah dan membaca dengan lebih teliti perihal parti Umno sebelum membuat sebarang kenyataan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, beliau tergerak
memberikan maklumbalas kepada kenyataan Ahmad Azri yang mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh keras menentang suara rakyat dan rakan yang sukar menerima keputusan Lembaga Pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, tidak ada satu pernyataan rasmi pun dari Akmal berhubung keputusan Lembaga pengampunan dan Ahmad Azri dilihat tidak beradab dan cuba menidakkan hak ahli Umno mahupun penyokongnya yang mahukan keadilan buat bekas Perdana Menteri itu.

“Untuk pengetahuan, Ketua Pemuda Amanah ,Hakim Nazlan sendiri terlibat dengan isu ‘conflict of interest’.Dato Seri Najib mahu keadilan dimana beliau ingin memohon perbicaraan semula.

“Proses menanda tangani petisyen untuk diberikan kepada Agong supaya menerima petisyen bagi menerima permohonan pengampunan sekali lagi juga sedang berjalan di kalangan akar umbi ahli Umno.

“Saya memohon Ketua Pemuda Amanah Tangga Batu merujuk kepada kepimpinan Pemuda Amanah atau Kepimpinan Tertinggi Amanah atau membaca dengan lebih teliti perihal parti Umno sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Farhan berkata, lebih beradab jika Ahmad Azri sendiri berhubung secara terus dengan kepimpinan Pemuda UMNO untuk menyampaikan hasrat di hati.

Menurutnya, adalah lebih bagus untuk menyampaikan pendirian tersebut tetapi Pemuda Umno juga mempunyai pendirian yang juga mewakili suara rakyat dan suara akar umbi.

“Harap jangan sibuk atau nak mengajar kami cara untuk sampaikan pendirian yang tiada langsung mengunakan perkataan tidak elok. Perbezaan harus diraikan bukan digunakan untuk mengejar populariti,” kata pemimpin Pemuda Umno itu.

Pada 5 Februari lalu, Ahmad Azri menerusi Facebooknya berkata, sebagai pemimpin parti di dalam Kerajaan Perpaduan, Akmal sepatutnya mempamerkan peribadi yang lebih baik dan bukannya menambah minyak kepada api yang marak dengan membuat spekulasi seolah-olah keputusan Lembaga Pengampunan tersebut didalangi sesuatu dan terdapat permainan di belakang tabir.

Menurutnya, lebih teruk lagi apabila Ketua Pemuda Umno itu begitu keras menentang suara rakyat dan rakan yang sukar menerima keputusan Lembaga Pengampunan atas alasan yang berbeza iaitu kepercayaan Najib tidak patut menerima pengurangan hukuman.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com