Monday, 6, May, 2024
Utama Politik Anwar dimaklumkan menerusi telefon menantu Muhyiddin ada kes besar

Anwar dimaklumkan menerusi telefon menantu Muhyiddin ada kes besar

oleh admin

SEREMBAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau dimaklumkan mengenai kes penyelewengan projek membabitkan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Muhammad Adlan Berhan menerusi
panggilan telefon daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menghubunginya dan memaklumkan bahawa Muhammad Adlan mengingkari janji untuk pulang ke tanah air selepas dibenarkan keluar negara atas urusan tertentu.

Perdana Menteri berkata, ketika panggilan itu dibuat, Azam memberitahu bahawa kes membabitkan Muhammad Adlan adalah ‘kes besar’.

“Tadi perjalanan saya dari Sungai Long ke Cuah, Port Dickson, dapat panggilan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam maklumkan) menantu dia (Muhyiddin) lari, saya kata lari di mana?

“Saya tanya kes ini kes kecil ke kes besar, dia (Azam) kata kes besar. Sudah siasat, dah bagi notis, dah.

“Kemudian (saya tanya) macam mana dia (Muhammad Adlan) boleh keluar negara? Dia (Muhammad Adlan) kata dia nak keluar, dia nak balik (semula ke Malaysia), tapi dia tak balik,” katanya berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

SPRM sebelum ini dilapor mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dua individu yang dikesan itu ialah Muhammad Adlan Berhan, 48, dengan alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69, yang beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com